Eyka Farhana Harap Dapat Jadi Isteri & Ibu Yang Baik

Bakal menamatkan zaman bujang dengan kekasih hati yang juga pemain sayap terengganu FC, Akhyar Rashid, pelakon Eyka Farhana meminta peminat mendoakan yang baik.

Memetik Utusan Online, Eyka memilih untuk merahsiakan tarikh hari bahagianya itu dan majlisnya bakal dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

BACA: Eyka Farhana, Akhyar Rashid Kahwin Bulan Depan?

”Ia bukanlah majlis tertutup, tapi jumlah tetamu terhad. Persiapan hampir selesai. Saya harap majlis nanti lancar. Dan saya harapkan doa yang baik-baik dari peminat,” katanya.

Mengakui berdebar menghitung hari bahagianya yang bakal tiba, Eyka berharap dapat menjadi seorang isteri dan ibu yang baik.

”Berdebar, teruja, semua ada. Apatah lagi banyak yang saya kena belajar sebelum memulakan hidup sebagai isteri. Apa pun saya berterima kasih kepada yang mendoakan. Saya harap dapat jadi isteri dan ibu yang baik,” katanya.

Dalam pada itu, Eyka meluahkan rasa syukur Akhyar memahami dan tidak menghalang untuk dia terus berlakon selepas berkahwin serta tidak akan tinggalkan karier jika suaminya terpaksa berpindah.

”Malah dia sangat memberikan sokongan dan sentiasa menggalakkan saya. Keadaan selepas kahwin pasti berubah, kena lebih banyak masa bersama.

”Tapi dalam masa yang sama saya tidak akan tinggalkan karier meskipun perlu ikut bakal suami kalau dia terpaksa berpindah jik ditawarkan bermain di tempat lain,” katanya.

SUMBER: Utusan Online

×