Esok Penentu Nasib Rumah Tangga Fazura, Fattah Amin

Nasib rumah tangga pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin dilaporkan bakal terjawab esok di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Memetik BH Online, selepas hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga, keputusan esok bakal memberi jawapan kepada hubungan pasangan berkenaan.

BACA: Fattah Amin Tegaskan Tiada Wanita Lain, Masih Sayangkan Fazura

Pada 13 September lalu, Fazura dilapor memfailkan cerai terhadap suaminya sekaligus mengejutkan industri hiburan dan akhirnya terjawab teka teki status rumah tangga pasangan itu.

Bagaimanapun, Fattah memaklumkan terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.

Malah, Fattah menegaskan tiada wanita lain dalam hidupnya seperti yang didakwa dan masih lagi sayangkan isterinya itu.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Pasangan itu dikurniakan anak perempuan, Nur Fatima Aisya kini berusia tiga tahun.

SUMBER: BH Online

×