Pelakon Erra Fazira dilihat tidak berselindung dan semakin terbuka berkongsi keakraban bersama jejaka dikenali sebagai Mr. E di media sosial.
Baru-baru ini, menerusi perkongsian Insta Story Mr E, atau nama sebanarnya Ezwan Zain ada memuat naik gambar memaparkan mereka berdua melawat seorang rakan di sebuah pusat perubatan.
BACA: Inikah Mr. E, Lelaki Yang Sedang Rapat Dengan Erra Fazira?
Menerusi hantaran tersebut, Mr E turut mendoakan kesembuhan buat individu dikenali sebagai Syam dan turut kelihatan dalam foto tersebut pengurus Erra.
Terdahulu, Erra mengaku sedang mengenali seseorang namun meminta agar semua pihak memberi ruang kepadanya.
Sementara itu, Mr E tidak menafikan yang mereka kini sedang dalam fasa mengenali hati budi namun hubungan mereka tidak lebih sekadar berkawan baik.
SUMBER: Kosmo