Pelakon jelita Erra Fazira mendedahkan dia sudah memperkenalkan kekasih hatinya Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai Mr E kepada ibunya.
Menerusi satu podcast, Erra berkata dia masih dalam fasa mengenali hati buding masing-masing serta enggan terburu-buru dalam membuat keputusan.
BACA: Sah! Erra Fazira, Mr E Bercinta
“Fasa itu (berjumpa mak) sudah lepas, dia sudah mengenali keluarga terdekat saya dan begitu juga dia. Kami tidak ‘rushing’, mahu terus mengenali hati budi dan lihat keserasian masing-masing.
“Kami berkenalan pada Ogos tahun lalu, nak bercakap lebih pun takut sebab masih di fasa manis. Jika matlamat yang ingin dicapai itu dipermudahkan, saya syukur dan jika sebaliknya, saya berserah,” katanya.
Sementara itu, Erra berkata dia kini lebih matang dan tenang dalam perhubungan serta dia mahu melalui fasa normal seperti orang lain. Kongsinya lagi, sebelum ini jika mahu ‘dating’ pasti akan ke tempat privasi.
“Saya lebih matang dan tiada benda yang perlu disembunyikan. Kalau dulu nak keluar ‘dating’ mesti akan pergi tempat yang privasi dan perlu ada yang teman. Macam-macam saya fikir termasuk nak jaga hati orang lain.
“Namun sekarang, saya mahu melalui fasa yang normal macam orang lain. Masa pertama kali jumpa dengan dia, kami pergi makan di kedai Kampung Baru. Tempat yang padat dengan orang,” katanya.