Ernie Zakri Tak Kisah Orang Panggil Syamel Lembut

Semalam, pada konsert suku akhir Big Stage, Syamel bersama Ayie Elham dan Tomok bergabung menyampaikan lagu-lagu yang pernah dipopularkan kumpulan KRU.

Status oleh seorang pengguna Twitter menjadi perhatian apabila memuji nyanyian Syamel walaupun dikatakannya ada ‘nonok vibes’.

BACA: Nur Khawla Soleha Nama Anak Ernie Zakri, Syamel

Ciapan individu berkenaan turut mendapat perhatian isterinya, Ernie Zakri yang tetap memuji ketampanan suaminya.

Dalam pada itu, ada netizen membalas dengan memberikan komen mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL36) yang berlangsung Ahad yang lepas.

Membalas ciapan tersebut, Ernie berkata dia okay sahaja dengan komen berkenaan serta menjelaskan suaminya seorang lelaki yang lembut dan budiman.

Sementara itu, rata-rata netizen tampil mempertahankan Syamel serta menjelaskan bahawa dia tidak lembut seperti yang disangka.

Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 di Masjid Puncak Alam, Selangor. Pasngan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 22 Februari yang lalu.

×