Susulan kenyataan mengenai Sarah Yasmine sebelum ini, penerbit dan pelakon Erma Fatima berkata dia sedia jika diboikot oleh rakyat Singapura yang tidak berpuas hati terhadapnya.

Memetik mStar Online, Erma berkata jika ianya dilakukan sebagai satu hukuman buat dirinya, dia tidak mampu menghalang jika orang memboikot atau memarahi dirinya serta enggan menyokong produk jualannya.

BACA: “Sarah Yasmine Boleh Berambus”

“Saya hidup pun bukan untuk jual produk. Produk saya hanya sekadar untuk pemasaran Mok Cun saja. Kalau itulah (boikot) selayaknya untuk saya, saya terima . 

“Kalau mereka rasa dengan melakukan perkara itu merupakan satu hukuman saya terima. Saya tak mampu halang orang boikot, marah atau mengeji saya,” katanya.

Sementara itu, Erma mengaku kesilapannya mengeluarkan kenyataan tersebut secara emosi. Katanya lagi, dia mempunyai hak untuk bersuara namun kejujurannya itu di salah tafsir.

“Saya kena terima kalau ada yang kecam, maki boikot atau halang saya masuk ke Singapura. Mereka ada hak kerana mereka rakyat Singapura.

“Mereka berhak untuk berkata-kata dan saya juga mempunyai hak untuk bercakap. Saya tak buka aib mana-mana pihak. Saya hanya bercakap jujur dan mungkin ia telah disalah tafsir,” katanya.

Terdahulu, Erma meminta wanita berasal dari Singapura juga kekasih kepada Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine berambus ke negaranya serta selesaikan isunya disana.

Erma berkata dia amat kecewa dengan sikap wanita itu yang membuka aib beberapa artis serta menggesa Sarah berhenti menghancurkan industri hiburan tanah air.

SUMBER: mStar Online 

×