Hampir setahun berteka-teki tentang identiti jejaka yang berjaya mencuri hatinya, akhirnya Elly Mazlein mendedahkan wajah bakal suaminya, Mohamad Azlan di majlis berinai yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam semalam.
Pada majlis penuh meriah itu, Elly tampil cantik dan manis mengenakan persalinan songket serba biru sedondon dengan tunangnya yang segak berbaju Melayu songket.
BACA: Elly Mazlein Tak Sabar Bergelar Isteri
Majlis bertemakan Cik Siti Wan Kembang itu berlangsung dengan penuh adat dihadiri 150 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga rakan terdekat dan media.
Pasangan ini bakal diijabkabulkan hari ini di lokasi yang sama dan akan disusuli dengan majlis resepsi pada hari yang sama juga.
Elly dan Mohamad Azlan yang merupakan seorang guru mengikat tali pertunangan pada 17 Disember tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Tahniah diucapkan kepada Elly Mazlein dan pasangan, semoga segalanya dipermudahkan dan ikatan yang bakal dibina ini terbina kekal bahagia sehingga ke syurga.a