Elizabeth Tan Jelaskan Sebab Batalkan Persembahan

Berikutan ada pihak yang mempertikaikan mengapa Elizabeth Tan membatalkan persembahan pada saat akhir, penyanyi ini menjelaskan punca utama dia tidak dapat membuat persembahan adalah kerana masalah kesihatan.

BACA: Elizabeth Tan Lebih Berminat Jadi Pelakon, Pengacara

“Mereka ada bertanya kenapa tidak memberitahu seminggu awal untuk membatalkan persembahan tersebut tetapi soal kesihatan bukannya saya dapat kawal bila ia akan berlaku. Benar, saya ambil keputusan untuk menarik diri daripada semua persembahan yang ada pada hari tersebut kerana kesihatan saya tertanggu.

“Suara juga tidak keluar dan tidak sedap untuk didengar. Jujur saya katakan, saya bukan sengaja membatalkan persembahan tersebut dan saya sendiri kesal tetapi keadaan memaksa dan turut mendapat cuti sakit dari doktor,” katanya kepada mStar Online.

Selain itu, Elizabeth turut menjelaskan bahawa dia tidak mengetahui apa-apa mengenai wang deposit yang telah dibayar terlebih dahulu kerana perkara tersebut diuruskan oleh pihak pengurusannya dan dia turut berharap kejadian sama tidak berulang pada masa hadapan. (rtky/s)

×