Elfira Loy Mahu Ajar Anak Makan Sendiri

Sudah bergelar ibu, pasti Elfira Loy mahukan yang terbaik buat putera kesayangannya. Boleh dikatakan, Elfira juga tidak lokek berkongsikan tentang perkembangan anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf di Instagram buat peminatnya.

Usia Rayyan sudah mencecah 6 bulan, Elfira berkata sebolehnya dia mahu mendidik anaknya untuk makan sendiri. Elfira berkata dia baru sahaja mengajar anaknya makan dan tak sangka sudah tiba masa untuk mengajar anaknya makan sendiri pula.

BACA: Sambut Hari Lahir, Elfira Loy Janji Baca Satu Muka Surat Al-Quran Sehari

https://www.instagram.com/p/B_Onf2VFuiP/?utm_source=ig_embed

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Elfira berkata tidak kisah untuk mengemas setiap hari asalkan  anaknya itu membesar menjadi seorang anak yang bijak dan soleh.

Perkongsian Elfira itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecomelan Rayyan dan semakin membesar. Malah, ramai yang mengatakan meskipun Rayyan masih kecil namun mereka yakin bahawa apabila besar nanti pasti memiliki rupa paras yang kacak.

Elfira mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan selamat menimang cahaya mata pertama mereka, Muhammad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober lalu.

×