Pelakon dan pengacara program bual bicara Bella Elaine Daly memaklumkan yang beliau bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang doktor yang berasal dari Afrika Selatan, Nick Boden pada 4 Disember ini. Mereka berdua berusia 38 tahun.
“Kami diperkenalkan menerusi seorang rakan pada awal Mac lalu. Selepas saling mengenali hati budi masing-masing, kami mengambil keputusan untuk bertunang Julai lalu. Bagi saya, Nick lelaki yang ada ciri seorang suami yang dicari-cari selama ini. Dia seorang yang memahami dan kami memiliki banyak persamaan,” katanya kepada Harian Metro.
Majlis perkahwinannya dengan duda anak satu itu bakal berlangsung di Kuala Lumpur dan majlis resepsi sebelah pihak lelaki di Afrika Selatan pula akan diadakan pada awal tahun depan. Tahniah didahulukan dari pihak kami, semoga bahagia selamanya. (rtky/m)