Menyambut ulang tahun perkahwinan pertama semalam, pelakon Datuk Eizlan Yusof memuat naik ucapan romantis di Instagram buat isterinya, Natasha Rosa.
Namun apa yang menjadi perhatian ramai, kapsyen yang ditulis oleh pelakon itu seolah memberikan gambaran bahawa isterinya itu kini berbadan dua apabila memanggil isterinya ‘mommy to be’.
BACA: Dituduh Salah Guna Kuasa, Eizlan Yusof Nak Saman Hans Isaac
Perkongsian Eizlan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja serta tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.
Dalam pada itu, memetik laporan Harian Metro, Eizlan mengesahkan isterinya kini hamil anak pertama mereka dan memaklumkan usia kandungan kini mencecah lima bulan.
Eizlan mendirikan rumah tangga dengan Natasha Rosa pada 12 Disember tahun lalu. Terdahulu, Eizlan pernah berkahwin dengan Vie Shantie Khan pada 2007 dan mereka dikurniakan tiga anak sebelum bercerai pada Februari 2015.