Eizlan Yusof Timang Cahaya Mata Keempat

Tahniah diucapkan buat pelakon Datuk Eizlan Yusof apabila isterinya, Datin Natasha Rosa Boudville selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada Ramadan pertama, hari ini.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Eizlan menerusi Instagram petang tadi. Eizlan berkata bayi perempuannya yang dinamakan Baby ZR buat sementara waktu dilahirkan secara pembedahan.

BACA: Eizlan Yusof Umum Isteri Hamil Lima Bulan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof)

“Alhamdulillah, isteri saya melahirkan bayi pada Ramadan pertama. Nama sudah ada sebenarnya, cuma saya dan isteri sepakat untuk tidak berkongsi terlebih dahulu. Cukuplah dipanggil Baby ZR,” katanya.

Dalam pada itu, Eizlan memberitahu isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat serta meluahkan rasa syukur dengan kelahiran cahaya mata keempatnya itu.

“Saya bersyukur dikurniakan rezeki, inilah harta dunia akhirat. Terima kasih kepada isteri kerana mengusung kandungan sembilan bulan dan melahirkan cahaya mata, tanda cinta kami,” katanya.

Sebelum ini, Eizlan Yusof pernah berkahwin dengan Vie Santie Harun sebelum berpisah pada tahun 2014. Mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.

×