Penyanyi Bea Sobar Bea, Eda Ezrin reda terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri di penjara Mahkamah Wilayah Narathiwat meskipun sudah bebas daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda pada 6 Mac lalu.
Memetik Astro Awani, Eda berkata dia bersyukur selepas dibebaskan daripada tuduhan berat berkenaan namun masih belum menerima maklumat sama ada pendakwa raya sudah failkan rayuan.
BACA: Eda Ezrin Bebas Tuduhan Miliki Pil Kuda
“Sehingga kini saya masih belum menerima sebarang maklumat sama ada pendakwa raya telah mengemukakan rayuan di mahkamah atau sebaliknya.
“Tempoh untuk kemuka rayuan akan tamat awal bulan depan. Saya berharap pendakwa raya tidak mengemukakan rayuan,” katanya.
Sementara itu, Eda berkata dia mahu meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi selepas dibebaskan nanti.
“Tolong sampaikan salam buat semua termasuk peminat,” katanya.
Pada 6 Mac lalu, Eda bersama suami dan empat rakannya terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Wilayah Narathiwat memutuskan mereka bebas dari tuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba pada 1 November tahun lalu.
SUMBER: Astro Awani