Perkongsian pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menjadi perhatian ramai apabila turut melakukan trend ‘Angkat Ayang’ di aplikasi TikTok miliknya.
Menerusi video itu, pendakwah berusia 38 tahun itu dilihat mendukung isterinya yang tampil baju raya sedondon hitam.
BACA: Satu Lagi Kertas Siasatan Gangguan Seksual Libat Ebit Lew Sedang Disiapkan
@ustazebitlew
Ebit mendukung isterinya keluar dari kereta dan dilihat pasangan itu tersenyum ceria memandang ke arah kamera.
Video yang dimuat naik Ebit Lew itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji aksi romantis pendakwah itu bersama bidadarinya.
Malah, ramai yang meluahkan rasa teringin untuk ‘diangkat’ oleh pasangan halal mereka. Namun, apa yang menjadi perhatian apabila ada beberapa netizen memetik nama pelakon Zul Ariffin serta mengaitkan dengan aksi dukung.