“Dulu Lady Gaga Pun Disangka Tak Waras, Akhirnya Gah Diseluruh Dunia”

Penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim menasihatkan kepada penyanyi muda agar lebih bekerja keras untuk pastikan nama terus kekal relevan serta tidak tenggelam dengan hanya satu dua lagu sahaja.

BACA: Seminggu Tak Keluar Rumah, Aina Abdul Terguris Ada Bersorak Bila Tak Menang AJL39

“Artis muda seperti mereka perlu bekerja lebih keras lagi dan saya berharap tidak sekadar datang kemudian hilang begitu sahaja,” katanya kepada Kosmo.

Khadijah turut menitipkan nasihat buat Aina Abdul yang baru-baru ini mengakui tertekan apabila dikecam netizen selepas berakhirnya AJL39.

“Aina keluar sahaja boleh menyanyi, sedangkan Madonna tak boleh, tetapi apa dia buat? Dia pakai baju dalam aneh untuk menonjolkan diri.

“Aina kena kuat tahan kecaman. Dia kena faham bila masuk bidang seni tak boleh lari daripada dihentam kiri dan kanan.Jangan disebabkan itu, mental Aina jadi koyak hingga tersadai disebabkan mental tak kuat,” katanya.

Dalam pada itu, Khadijah berkata Aina perlu cari jalan untuk menonjolkan diri serta menyebut penyanyi Lady Gaga yang disangka tidak waras di awal kemunculannya.

“Maaf cakap, masa Aina mula-mula keluar tapi tiada yang kenal, jadi dia harus cari cara untuk tonjolkan diri.

“Tapi, keputusan Aina tampil berbeza berhasil. Ini kerana orang mula ingin tahu siapakah Aina. Lady Gaga dulu pun disangka tidak waras, tapi akhirnya diterima dan gah di seluruh dunia,” katanya.

SUMBER: Kosmo

×