“Dulu Ada Yang Cakap Karya Inggeris Saya Tiada Siapa Nak Dengar”

Berjaya mencipta nama di Amerika Syarikat, penyanyi Yuna meluahkan rasa syukur dan bangga karya Inggeris yang dihasilkannya mendapat lebih 50 juta penstriman dari 177 negara di Spotify tahun ini.

Yuna berkata hasil kerja keras selama ini berbaloi meskipun sebelum ini pernah diperlekehkan di Malaysia ketika di awal penglibatannya dalam dunia seni.

BACA: Gaya Tudung ‘Beanie’ Yuna Dikritik Tak Tutup Aurat, Nampak Leher

“Bayangkan kena beritahu tiada siapa akan dengar lagu Inggeris saya oleh seorang eksekutif syarikat rakaman di Malaysia sewaktu saya berusia 21 tahun dulu.

“Dan sekarang saya meraih penstriman 50 juta dalam setahun di 177 negara. Sejujurnya saya cuma inginkan muzik saya didengari. Jangan pernah berhenti jadikan impian kamu kenyataan,” katanya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Crush itu berkata dia kini bergerak sendiri dalam menguruskan kerjayanya dan memaklumkan akan muncul dengan karya terbaru.

“Sekadar peringatan mesra, gadis kamu ini kini bergerak sendiri. Ia bermakna, kalau strim muzik baharu saya, secara langsung kamu menyokong karier saya. Saya sayang kamu semua. Muzik baharu akan datang,” katanya.

×