Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida tampil menghulurkan bantuan RM200,000 untuk membeli barangan keperluans serta makanan buat mangsa banjir di Kelantan.
Menerusi perkongsian di Instagram, Vida berkata anaknya iaitu Kacak mewakili dirinya untuk mengagihkan bantuan berkenaan. Difahamkan, Vida kini sedang mengerjakan ibadah umrah.
BACA: “Kontraktor Enjoy Makan Duit Dulu, Kerja Tak Siap” – DSV
View this post on Instagram
“Alhamdulillah Hero mama Kacak. Wakil mama untuk turun memberi sumbangan untuk rakyat kelantan.
“Walaupun mama jauh , mama sentiasa doakan semoga semua yang terkesan dengan banjir kali ini dipermudahkan segala urusan Kali ini saya memperuntukkan hampir Rm200,000 untuk membeli barang keperluan & makanan,” tulisnya.
Sementara itu, dalam video dikongsikan Vida sempat membuat panggilan video mendoakan agar dipermudahkan urusan anaknya itu dalam mengagihkan bantuan.
“InsyaAllah kita cuba bantu dengan sedaya upaya dalam bentuk bantuan makanan dan wang kita bagi juga untuk fasa pertama. Dan ada juga pasca banjir selepas ini,” katanya.