fbpx

Dr Sheikh Muszaphar & Isteri Selamat Timang Anak Ketujuh

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya, Datin Dr Halina selamat menimang cahaya mata ketujuh iaitu seorang bayi lelaki di sebuah perubatan swasta Selangor.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Dr Muszaphar sebentar tadi di Instagram miliknya serta memaklumkan anak lelaki mereka dalam keadaan sihat.

BACA: Dr Sheikh Muszaphar, Dr Halina Bakal Timang Anak Ketujuh

Menerusi perkongsian itu, Dr Muszaphar turut meluahkan rasa syukur diatas kelahiran anak ketujuh mereka serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan.

“Ibu dan bayi dalam keadaan baik, sedang menyusu. Alhamdulillah, syukur sangat. Terima kasih semua atas doa,” tulisnya.

Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah, serta sepasang kembar, Eusoff dan Emilia.