Dr Jezamine Jawab Dakwaan Harith Iskander Curang Punca Berpisah

Bekas isteri kepada Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim mempertahankan pelawak itu yang mengaku melakukan kesilapan sehingga rumah tangga mereka berakhir denga perceraian.

Memetik Oh Bulan, Jezamine menjelaskan perceraian mereka berpunca daripada tiada lagi persefahaman dan bukan kerana perkara lain.

BACA: “Mungkin Satu Hari Kalau Ditakdirkan Bersama, Insya-Allah” – Harith Iskander

“Dia (Harith) sudah cakap dia sudah buat kesilapan dan kita patut menghormati sebab ia tak mudah untuk seseorang mengeluarkan kenyataan dia sudah buat salah jadi walau apa pun sebabnya, ia bukanlah satu masalah.

“Apa yang penting kami memaafkan antara satu sama lain dan teruskan kehidupan kerana kami berjanji untuk lebih berjaya bersama,” katanya.

Sementara itu, Jezamine berkata dia turut sedih selepas disahkan bercerai namun dia dan bekas suaminya tetap menjadi kawan baik, malah dia juga merupakan pengurus Harith.

“Sudah tentu saya sedih tapi saya rasa ini adalah permulaan baharu. Sebenarnya semua saya sudah kongsi dalam video sebelum ini dan hari ini kami boleh katakan kami adalah kawan baik.

“Kami memang kawan baik dan sehingga hari ini bila saya ‘struggle’ saya masih menghubungi dia dan bercerita mengenai hari saya. Saya juga masih pengurus dia.

“Kami rasa kami melakukan kerja yang sangat baik untuk itu, dia menyokong saya. Itu yang saya sangat bersyukur sebab kami bermula sebagai kawan baik dan dia juga sangat memahami walaupun kadang-kadang dia boleh jadi sangat pendiam tapi dia sedang menganalisis,” katanya.

SUMBER: Oh Bulan

×