Masih hangat diperkatakan mengenai kontroversi rumah tangga pendakwah bebas, Da’i Farhan dan Dr Erin. Nampaknya selepas episod perceraiannya, satu demi satu kisah dirungkaikan termasuk kisah pernikahan mereka yang ternyata mengejutkan netizen.
Menurut Dr Erin dia bersetuju untuk menjadi isteri kedua Farhan kerana menyangka pendakwah itu sudah mendapatkan kebenaran poligami dari isteri pertama ketika itu, Fatin Nurul Ain, namun tidak tahu sebenarnya perkahwinan mereka tidak direstui.
BACA: Dikatakan Belum ‘Move On’, Bekas Isteri Da’i Farhan Pilih Berdiam Diri
“Saya terima pinangan Farhan kerana saya diberitahu dia sudah dapat persetujuan daripada isterinya. Demi Allah kami tidak pernah berniat untuk menyembunyikan pernikahan kami.
“Dia menghantar permohonan poligami 10 Oktober tahun lalu. Dalam fail itu permohonan untuk kebenaran berpoligami juga sudah lengkap. Dia juga berulang-alik ke Kedah berjumpa ayah saya untuk mengisi segala borang yang diperlukan bagi permohonan pernikahan. Ujian HIV juga sudah dibuat,” katanya.
Menurut Erin, melihat kesungguhan Farhan melengkap permohonan poligami serta sanggup berulang alik ke Kedah berjumpa bapanya membuatkan Erin percaya ia sudah mendapat restu isteri pertamanya ketika itu.
“Saya langsung tidak terfikir Fatin sebenarnya tidak merestui pernikahan itu kerana Farhan bersungguh-sungguh melengkapkan segala borang dan menghantarnya. Bagi saya, jika dia tak dapat kebenaran atau restu isterinya, takkanlah dia akan menghantar permohonan berpoligami kerana ia akan membuang masa,” katanya.
Erin mendakwa dia hanya mengecap kebahagiaan bersama Farhan selama dua bulan saja sebelum masalah mula timbul. Ujarnya, masalah bermula apabila Farhan mula rindukan keluarga dan anak-anaknya bersama bekas isteri.
“Dia kata tak boleh berjauhan dengan anak-anaknya. Dia juga diberi syarat supaya menceraikan saya jika mahu tinggal bersama anak-anaknya kerana mentuanya tidak mahu anak mereka bermadu.
“Saya reda jika ini ujian saya untuk kehilangan orang yang saya sayang daripada melihat dia susah hati rindukan anak,” katanya.
Dalam pada itu, setakat ini masih tiada penjelasan lanjut daripada Da’i Farhan berhubung kontroversi perceraiannya kali kedua.