Sejak malam tadi hangat diperkatakan apabila Dr Erin mengesahkan dia sudah pun bercerai dengan suaminya pada hujung April yang lalu. Menurut Erin, penceraian talak satu itu dilafazkan oleh Da’i Farhan menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp.
Menerusi pendedahan Instagram, Erin berkata tidak terlintas di fikirannya bahawa isteri pertama Farhan ketika itu iaitu Fatin Nurul Ain tidak merestui perkahwinan mereka memandangkan Farhan bersungguh menguruskan perkahwinan mereka.
BACA: Dr Erin, Da’i Farhan Dah Rancang Nikah Sebelum Ke Mekah
Menurut Erin, dia bersetuju untuk membina bahtera rumah tangga dengan Farhan selepas pendakwah itu meyakinkannya bahawa dia sudah pun mendapatkan kebenaran berkahwin daripada isteri pertama.
“Saya menerima pinangan Ustaz kerana saya diberitahu bahawa sudah dapat persetujuan dari isterinya. Demi Allah kami tidak pernah berniat utk menyembunyikan pernikahan kami.
Menurut Erin, Farhan telah menghantar borang permohonan poligami pada 10 Oktober dan berulang alik ke Kedah untuk berjumpa bapanya untuk menyiapkan segala yang diperlukan untuk mengisi borang pernikahan.
“Pada masa ini memang saya langsung tidak terfikir yang isteri ustaz sebenarnya tidak merestui kerana ustaz bersungguh mengisi segala borang dan submit.
“Sebab pada saya jika ustaz tak dapat kebenaran tak akan la pergi submit fail sebab benda tu smua akan jadi buang masa,” katanya.
Terdahulu, Erin berkata perceraian tersebut dibuat atas keputusan bersama. Malah, Erin memberitahu itu adalah keputusan terbaik untuk dirinya, Farhan dan bekas madunya yang didakwa masih belum move on lagi.