Mengimbau kembali kontroversi terpalit pendakwah bebas Da’i Farhan dan Dr Erin, sebelum ini wanita itu mengatakan bahawa mereka berpaut cinta di Mekah dan mengambil keputusan untuk berkahwin di sana.
Namun, lain pula cerita menerusi pendedahan oleh Dr Erin menerusi Instagram dimana Farhan sudah pun mendapat kebenaran dari isterinya, Fatin Nurul Ain untuk menikahinya sebelum mereka bertolak ke Mekah menunaikan ibadah umrah pada Oktober tahun lau.
BACA: Aura Sudah Pudar, Da’i Farhan Cerai Isteri Sedang Hamil
“Saya menerima pinangan Ustaz kerana saya diberitahu bahawa sudah dapat persetujuan dari isterinya. Demi Allah kami tidak pernah berniat utk menyembunyikan pernikahan kami.
Menurut Erin, Farhan telah menghantar borang permohonan poligami pada 10 Oktober dan berulang alik ke Kedah untuk berjumpa bapanya untuk menyiapkan segala yang diperlukan untuk mengisi borang pernikahan.
Katanya, Farhan sentiasa menyertai rombongan ke Mekah setiap bulan dan dia membuat keputusan untuk menyertai rombongan Farhan ke Mekah pada 13 Oktober meskipun terpaksa membayar pakej VVIP bilik seorang.
Sejurus sahaja tiba di Mekah, bekas suaminya itu mencadangkan bahawa mereka terus sahaja menikah memandangkan sudah dalam proses permohonan poligami. Erin berkata, baju sedondon dipakai mereka di Mekah itu dibeli disana dan bukan di bawa dari Malaysia.
Erin mengakui selama dua bulan berumah tangga hidup mereka sangat bahagia dan Farhan akan tidur bergilir-gilir di rumah kedua-dua isteri. Namun, tidak kekal lama apabila hubungan suami dan isteri pertamanya mula berantakan.
“Selama 2 bulan hidup kami sangat harmoni. Ustaz akan tidur bergilir-gilir rumah saya dan rumah madu selang sehari. Saya ingat semuanya okey dan aman damai,” tambahnya.
Selepas kisah perkahwinan mereka tular, pelbagai pihak mula bersuara hinggakan ada yang mula melancarkan komplot untuk melihat dia dan Farhan bercerai.
Dedahnya lagi, individu yang yang menyebarkan kisah perkahwinan mereka adalah rakan baik Fatin sendiri sekaligus membuatkan hubungan mereka bertiga mula terjejas.
Kata Erin lagi, dia dan Farhan mengakui sangat marah dengan tindakan beberapa individu yang cuba mencari aibnya bagi tujuan memburukkan dirinya kepada orang ramai.
Komplot jahat ini terbongkar apabila Farhan merampas telefon bimbit madu saya sendiri dan mendapati banyak mesej perbualan mengenai perkara tersebut. Kata Erin, berlaku banyak campur tangan serta mendakwa mentua Farhan sendiri yang memaksa untuk menceraikan anak mereka.
Semalam, Dr Erin mengesahkan dia sudah bercerai dengan suaminya pada penghujung April yang lalu. Menurutnya, penceraian ini dibuat atas keputusan bersama. Penceraian dengan talak satu itu dilafazkan oleh Da’i Farhan menerusi rakaman suara di aplikasi Whatsapp.