Dilihat sering memuat naik fotonya berhijab di media sosial, ramai yang tertanya-tanya mengenai imej terbaru penyanyi Zizi Kirana.
Bagaimanapun, Zizi berkata dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai penampilannya itu serta mengharapkan peminat mendoakan untuk dirinya.
BACA: Tahun Ketiga Berhijab Masa Ramadan, Zizi Kirana Mohon Doa Agar Terus Bertudung
“Doakan saya. Mana tahu dengan doa anda semua, saya kekal dengan penampilan begini (bertudung).” Mengenai pakai tudung, insya-Allah. Saya tidak boleh dan takut untuk bercakap apa-apa. Apa saya buat sekarang adalah terus berdoa dan mahu semua juga doakan saya.
“Bagi saya, doa adalah senjata paling kuat bagi kita orang Islam. Jadi, doakan saya. Ini saja saya mampu cakap,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Zizi berkata penampilan bertudungnya itu disambut baik oleh keluarga, peminat dan rakan-rakan. Malah, mereka turut memberi sokongan kepadanya.
“Alhamdulillah, apabila penampilan bertudung yang sekarang ini mendapat respons positif selain mereka mendoakan saya. Insya-Allah, doakan terbaik untuk saya.
“Dalam kalangan keluarga pun mereka okay dan sentiasa memberikan sokongan. Apa yang baik daripada saya mereka okay. Begitu juga dengan rakan-rakan. Saya pun cakap perkara sama untuk terus mendoakan.
“Buat masa ini, saya tidak berani nak cakap saya sudah pakai tudung. Jadi, sebaiknya saya mohon doa supaya saya kuat semangat,” katanya.