Baru-baru ini perkongsian pelakon Uqasha Senrose menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar bersama Ustaz Azhar Idrus di Instagram.
Namun, ada yang kurang senang serta ada mendakwa Uqasha tidak menjaga batas serta bergambar terlalu rapat dengan pendakwah berkenaan.
BACA: Nampak Macam Baby Bump, Uqasha Senrose Hamil?
View this post on Instagram
Tidak hanya berdiam diri, Uqasha dilihat menjawab dakwaan netizen itu dengan mengatakan sudut gambar yang diambil membuatkan mereka kelihatan rapat sedangkan ianya tidak sebaliknya.
“Orang kanan kiri tolak-tolak, jadilah tak balance kami berdua. Tak perlu mulut memandai kalau tak ada dekat tempat tu. Angle dan sisi awak tengok tu, nampak macam tu. Saya tahu batas saya ya,” tulis Uqasha.
Sementara itu, suaminya iaitu Kamal Adli turut dilihat meninggalkan komen meminta netizen bersabar serta memberitahu dia akan menegur isterinya jika melakukan kesalahan.
“Sabar yang lain.. kalau rapat sangat, saya yang tegur siap-siap dah.. itu camera angle saja.
“Jangan mudah nak menaip tu ya.. kalau rapat sangat pun lari dah ustaz tu. Sudahlah, cukuplah korang. Apa pun, ustaz terbaik. Insya-Allah,” tulisnya.