Ditawar RM150, Jalil Hamid Rasa Terhina Gaji Pelakon Senior Rendah

Meluahkan pendapat mengenai isu bayaran kepada pelakon senior, pelakon veteran, Jalil Hamid berkata berlaku diskriminasi apabila bayaran diterima mereka tidak setimpal.

Jalil turut mempersoalkan mengapa bayaran diterima pelakon tua lebih rendah daripada pelakon muda. Tanyanya lagi, adakah disebabkan mereka popular dan banyak pengikut.

BACA: Jalil Hamid 7 Bulan Menganggur Kerana Lantang Bersuara

“Kenapa gaji pelakon tua lagi rendah daripada gaji pelakon muda? Agaknya, kerana dia (pelakon muda) popular atau banyak pengikut?

“Perkara ini adalah satu perkara paling tak adil, yang menyebabkan pelakon-pelakon tua rasa terpinggir. Apa dosa mereka?

“Dia (pelakon senior) dah tua, diberikan bakat oleh Allah juga. Orang tua pun perlu makan dan minum juga. Bidang lakonan ini tak ada ‘pencen’. Tak ada had umur,” katanya.

Dalam pada itu, Jalil berkata dia pernah terasa hari apabila ada beberapa produk meletakkan harga terlalu rendah ketika menawarkannya berlakon.

“Banyak kali saya keluarkan kenyataan begini, namun komen daripada masyarakat adalah mereka fikir saya nak cari populariti, supaya orang ingat.

“Saya pernah ditawarkan kerja dengan bayaran RM150 untuk satu episod. Ia masih terngiang-ngiang dalam telinga saya sampai sekarang.

“Saya ke set penggambaran pada hari pertama, namun saya tak dapat teruskan kerja kerana saya rasa ini adalah satu penghinaan kepada saya,” katanya.

×