Dipanggil Orang Tua Sakai, Aishah Cabar Netizen Bersemuka

Teruja berkongsikan momen di acara Anugerah Bintang Popular 32, bagaimanapun tindakan Aishah itu tidak disenangi oleh seorang netizen ini yang memanggil penyanyi ternama itu sebagai ‘Orang tua sakai guna Insta’.

Kenyataan netizen tersebut menyifatkan Aishah seperti orang yang baru mengenai media sosial. Berang dengan kata hinaan netizen tersebut, Aishah memuat naik kenyataan biadap netizen tersebut dan mencabar netizen itu untuk bersemuka dengannya.

BACA: “Terguris Bila Aishah Kata Tak Hadap Barang Kemas 80 Sen”

“Orang kongsi komen peminat dalam IG story pun dipanggil ‘orang tua sakai guna Instagram’. Tiada kerja lain ke?.

“Kalau berani, berhadapan dengan saya dan cakap depan saya, boleh?. Itupun kalau anda beranilah tak kecut lempar batu sembunyi tangan di belakang gambar hodoh itu. Malangnya hati anda yang lebih hodoh,” katanya menerusi Instagram.

Kata Aishah lagi, dia berhak untuk berkongsikan apa saja di Instagram miliknya serta menyifatkan netizen itu mempunyai hati yang busuk.

“Instagram saya, suka hati sayalah ingin kongsi semua ‘mentions’ sebagai apresiasi kepada pengikut saya. Bukti saya baca setiap komen mereka,” tegas Aishah.

Dalam pada itu, Aishah turut meminta netizen berkenaan melakukan perkara berfaedah. Menurut Aishah lagi, dia tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan di Instagram bagi memastikan akaun tersebut ditutup.

×