Dini Schatzmann Sedar Diri Tiada Bakat Lakonan Semula Jadi

Pelakon Dini Schatzmann berkata dia perlu bekerja lebih keras lagi bagi mencapai standard sebagai seorang pelakon.

Memetik Utusan Online, pelakon berdarah campuran Melayu dan Switzerland itu berkata dia perlu bekerja keras bagi mengasah bakat lakonannya.

BACA: Dini Schatzmann Ikhlas Jaga Janna Nick, Tak Pernah Rasa Terbeban

“Bagi saya, pelakon ini ada dua jenis iaitu memang ada bakat yang semula jadi dan perlu lebih bekerja keras untuk mencapai standard.

“Jadi, saya ambil diri ini sebagai yang kedua itu. Saya tidak rasa yang saya ada bakat semula jadi. Oleh kerana itu, saya perlu lebih bekerja keras,” katanya.

Memenangi anugerah Artis Baharu Meletop pada Ahad lalu, Dini menitipkan penghargaan buat kelab peminat Janna Nick, Janna Nicker, yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan pada kariernya.

“Alhamdulillah, Janna Nicker pada masa sama selalu menyokong saya juga. Mereka memang sangat membantu sehingga dapat anugerah ini. Terima kasih. Namun saya percaya, dengan usaha yang tinggi saya dalam industri, inilah saya hari ini,” katanya.

×