Dikritik Menari Pakai Seluar Pendek, Daiyan Trisha Tak Melatah

Perkongsian video pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha menari di aplikasi Tiktok menjadi perhatian ramai apabila rata-rata netizen memberikan komen mengenai aurat dan cara pemakaiannya yang dianggap agak seksi.

Tidak melatah dengan komen ‘tarbiah’ daripada netizen, Daiyan berkata dia membalas dengan komen positif serta meminta mereka mendoakannya.

BACA: Daiyan Trisha Kecewa Dituduh Jadi Sukarelawan PPV Untuk Cari Populariti

“Kadang-kadang saya tak ambil setiap komen-komen itu terlalu peribadi sangat. Jadi, saya balas seperti biasa saja dan saya juga berterima kasih kepada mereka kerana menegur saya.

“Kalau dilihat semula video itu, saya memakai seluar pendek. Kalau orang bercakap mengenai saya menari, bukanlah saya menari yang terlalu sensual atau apa. Ia sekadar untuk suka-suka dan bersifat kelakar,” katanya.

@daiyantrisha22

true story ?? (IB: @missalvy_ )

? STAY – The Kid LAROI & Justin Bieber

Kata Daiyan lagi, dia mengerti bahawa setiap platform media sosial mempunyai pelbagai lapisan pengguna dengan latar belakang berbeza.

“Setiap platform media sosial ada pengguna yang hadir daripada pelbagai latar belakang berbeza, pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai ‘mindset’ yang berbeza. Kalau di TikTok, kebanyakannya adalah golongan remaja dan orang muda,” katanya.

×