Dijangkiti Influenza A, Neelofa Dikuarantin Seminggu

Baru saja balik dari menunaikan ibadah haji, pelakon dan pengacara, Neelofa dikuarantin selama seminggu akibat jangkitan Influenza A.

Perkara itu dimaklumkan menerusi laman Twitternya dan Neelofa memberitahu dia dijangkiti virus berkenaan ketika perjalanan ke Arab Saudi baru-baru ini.

BACA: Mahu Balas Jasa, Neelofa Bantu Pekerja Utusan & Kosmo

Neelofa turut memohon maaf kepada pihak yang terlibat kerana terpaksa membatalkan semua temujanji disebabkan masalah kesihatan yang dihadapinya.

“Assalamualaikum. Malangnya saya ingin memberitahu perjalanan saya ke Arab Saudi baru-baru ini telah menyebabkan saya dijangkiti Influenza A dan dinasihatkan untuk dikuarantin selama seminggu.

“Dengan rendah hati saya ingin memohon maaf kepada semua pelanggan, rakan kongsi dan mereka yang sudah membuat temujanji dengan saya sepanjang minggu ini,” tulisnya.

Dalam pada itu, Neelofa juga memohon kepada orang ramai untuk mendoakan kesihatannya dan boleh kembali kerja seperti biasa.

×