Pelakon dan pelawak Harith Iskander tampil menjawab tuduhan mempunyai hubungan dengan model dan ratu cantik, Nadira Isaac.
Memetik mStar Online, Harith berkata ia hanya gosip semata-mata dan dia tahu mengenai gosip berkenaan selepas dimaklumkan oleh bekas isterinya, Dr Jezamine Lim.
BACA: Dr Jezamine Jawab Dakwaan Harith Iskander Curang Punca Berpisah
“khlas saya cakap, saya tak baca apa-apa cerita daripada netizen. Bagi saya ada orang yang ingin mengambil kesempatan untuk dapatkan perhatian buat diri mereka.
“Bagi saya benda-benda macam ini akan panas sekejap dan kemudiannya ‘mati’ terus.” katanya.
Sementara itu, Jezamine berkata Nadira Isaac adalah kenalannya dan mereka bukanlah berkawan kerana tidak pernah duduk melepak atau keluar bersama.
“Itu hanya spekulasi, jangan ambil serius. Janganlah tumpu perhatian pada dia, buang masa saya je,” katanya.
Sebelum ini, Nadira Isaac ada meninggalkan komen dia tidak ada kaitan dengan perceraian pasangan itu seperti yang diperkatakan netizen.
SUMBER: mStar Online