Didakwa Cederakan Isteri, Suami Youtuber Masakan Terkenal Direman

Hangat diperkatakan hari ini suami kepada Youtuber masakan terkenal ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Ipoh.

Memetik laporan Harian Metro, penahanan itu dilakukan bagi membantu siasatan dakwaan mencederakan isterinya. Majistret Nabihah Mohd Noor membenarkan perintah reman terhadap suspek berusia 29 tahun itu.

Berdasarkan sumber, pasangan itu dikatakan bertengkar di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh. Ia dipercayai selepas mangsa tidak menyebut nama suaminya ketika menerima satu anugerah baru-baru ini.

“Pergaduhan itu berlarutan sehingga keesokkan hari (semalam) di mana lelaki itu pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik isterinya.

“Ketika kejadian suspek dipercayai mabuk. Bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan adik isterinya. Ia menyebabkan lelaki itu dipercayai memukul isterinya.

“Pada 5.54 petang hari sama, pengawal keselamatan menerima laporan daripada seorang jururawat yang mendakwa terlihat seorang lelaki mabuk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan,” katanya.

Sumber sama berkata, suspek dipercayai mencari abang ipar isterinya susulan masalah keluarga.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz yang mengesahkan kejadian itu berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan percaya kes ini berhubung masalah keluarga.

×