Sejak minggu lalu, pelakon dan penyanyi Nur Fazura dikecam oleh netizen susulan persembahan nyanyiannya di sebuah program di Indonesia.
Perkara itu turut mendapat perhatian pengarah dan penerbit Along Kamaludin yang menegur segelinti pihak yang mengutuk Fazura yang mungkin rasa gementar kerana menyanyi secara live.
BACA: “Fazura Boleh Menyanyi, Masuklah Kelas Vokal” – Ajai
Memetik Astro Gempak, Along berkata Fazura hanya mencuba menyanyi dan ianya tidak salah serta meminta tidak perlu sampai mengutuknya.
“Kepada netizen, tak payah la nak kutuk-kutuk Fazura. Bagi saya, dia ingin mencuba… saya bukan nak bodek dia sebab bukan dapat apa-apa pun.
“Dia mencuba, semua orang mencuba dan buat apa yang mereka nak. Menyanyi ke, berlakon ke. Ada juga pelakon yang kayu, tak boleh berlakon.
“Bagi saya la, sebab saya pernah masuk live dan rasa gementar dan kalau tak pakai ear piece, muzik kiri kanan masuk dan kita pun dah tak tahu suara ke mana. Sebab saya pernah rasa benda itu,” katanya.
Dalam pada itu, Along berkata dia tidak setuju dengan tidakan segelintir selebriti yang turut melemparkan komen negatif kerana bukan mudah menyanyi menyanyi secara live di Indonesia.
“Bagi saya, memang hak masing-masing untuk mengutuk atau memuji. Tapi kita kena fikir la, Fazura itu menyanyi sampai ke Indonesia… yang artis kutuk itu sampai ke Indonesia?” katanya.
SUMBER: Astro Gempak