Penyanyi Shila Amzah menerusi satu live Instagram di media sosial akhirnya bersuara mengenai kemelut bersama adik beradiknya.

Menurut Shila banyak perkara yang dilalui olehnya namun dipendam dan tidak pernah diceritakan kepada umum. Shila mendakwa adiknya pernah melempangnya.

BACA: Adik Lelaki Dakwa Shila Amzah Jual Rumah Sebab Duit

“Dia punya tangan tu (merujuk kepada Syafiq) pernah sepak (lempang) kita. Dia nak cakap dia power sangat. I dont know, dia sejenis paling acah, paling tersakiti.

“Ya Allah, hutang dia, dia kahwin pun Sha yang bayar. Tanya dia, dah bayar belum nafkah anak dia,” katanya.

Kata Shila lagi, emosinya sudah berada di tahap tidak mampu dibendung lagi sehingga dia bertindak menceritakan perkara tersebut kepada umum.

“Sha dah sampai limit dah ni. Sha cerita balik semua ni sebab nak orang faham. Orang nak paint Sha anak kurang ajar, anak derhaka, not a good daughter, horrible person.

“Ok Sha terima dengan hati dan tangan terbuka. I fell I have had enough already. I dah jadi mental, benar-benar mental hari ini. Sha punya sakit perih, siapa pun tak peduli,” katanya.

Terdahulu, adik lelaki kepada penyanyi itu iaitu Amir Syafiq berkata kakaknya itu tidak berbincang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menjual rumah berkenaan. Syafiq juga mendakwa Shila mahu menjual rumah berkenaan kerana nilai dalam pasaran yang tinggi dianggarkan RM2.5 juta.

×