“Dia Bukan Punca, Kami Hanya Kawan”

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular mengenai penyampai radio Fizi Ali yang didakwa mengorat seorang wanita dikenali sebagai Shahida.

Menjelaskan mengenai salah faham itu, Fizi menjelaskan wanita itu hanya kawannya dan tentang video tersbeut mereka hanya bergurau sahaja.

BACA:Baru Bercerai Dah Mengorat Wanita Lain, Fizi Ali Dikecam

“Saya kesian juga dekat kawan saya tu, seba benda ni bergurau kita-kita je tak sangka benda ni boleh viral sampai orang kutuk dia.

“Kata tak setanding dengan ex-wife saya, tak baik la cakap macam tu. Ada yang kata Shahida ni punca rumah tangga saya bercerai, bukan. Dia bukan punca. Kami hanya kawan,” katanya.

Ditanya mengenai netizen yang melabel dirinya sebagai seorang yang cepat move on atau mudah untuk mencari pengganti, Fizi mempertahankan dirinya.

“Sebenarnya dalam hidup kita ni perlu sentiasa move on tau. Kalau rasa benda tu sangat menyedihkan untuk kita, sehari ada 24 jam, takkan dalam 24 tu kita nak bersedih je kan.

“Jodoh itu kan di tangan Tuhan, kalau Tuhan kata tak boleh, tak tahan jugak. So kita tak boleh nak cakap orang tu cepat atau lambat move on,” katanya.

Dalam pada itu, Fizi berkata dia tidak menolak jika jodohnya tiba awal serta tidak menolak jika kembali bekas isterinya, Shakila Khoriri.

“Saya tak adalah sedang mencari pengganti sangat, itu semua jodoh. Kalau jodoh saya masih bersama bekas isteri, Alhamdulillah,” katanya.

Fizi mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018 namun mengesahkan sudah pun berpisah pada Disember tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia, kini berusia 2 tahun.

×