“Demi Allah Saya Lambat Dapat Tahu Pasal Kematian Baby Marissa”

Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa kesal apabila didakwa sengaja ‘pusing’ cerita berhubung berita kematian anak Marissa Dania.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Abby berkata dia hanya tahu mengenai Marissa kehilangan anak sulung selepas selesai urusan pengebumian.

BACA: “Aslam Lebih Rapat Dengan Papa” – Marissa Nafi Ketepikan Abby Abadi

“Fasal Marissa kematian baby tu, saya memang tak tahu dan lambat dapat tahu. Demi Allah saya tak tahu. Ada yang kata saya pusing cerita. Tahu tapi buat tak tahu, aduhai, apa yang pusingnya? Saya dapat tahu lepas semuanya selesai,” katanya 

Sementara itu, Abby menafikan dakwaan segelintir netizen yang menuduhnya menggunakan kematian anak Marissa sebagai konten.

“Kenapa susah sangat nak terima kenyataan saya? Semua nak kata kita buat cerita, buat ‘content’. Ingat orang tak ada kerja ke,” katanya.

Terdahulu, Abby menyuarakan kesedihan apabila mejadi orang terakhir yang tahu mengenai berita pemergian anak Marissa.

Pada Ogos lalu, bayi sulung Marissa dilaporkan meninggal dunia ketika dilahirkan. Marissa yang sedang hamil enam bulan dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.

SUMBER: Kosmo

×