Usahawan Datuk Red berkata dia nekad untuk melangsaikan sebahagian hutannya berjumlah RM7 juta sebelum bernikah semula dengan bekas isterinya, Adira Suhaimi.
Memetik Harian Metro, Datuk Red berkata Adira ada ajaknya berbincang mengenai perkahwinan mereka namun dia meminta untuk menunggu kerana mahu selesaikan masalah hutangnya.
BACA: “Saya Mandi Pun Di RnR” – Datuk Red Sewa Bilik Tanpa RM250 Tanpa Tandas
“Adira ada mengajak saya berbincang mengenai perkahwinan semula kami. Tapi, saya katakan pada dia, kena tunggu dulu sebab saya nak cari duit untuk lunaskan jumlah hutang yang masih banyak itu.
“Sekurang-kurangnya biarlah saya dapat lunaskan sebahagian daripada jumlah hutang berkenaan dan jika ada jodoh kami, insya Allah tak akan ke mana. Saya pun hanya berhasrat nak kahwin dengan Adira saja,” katanya.
Sementara itu, Datuk Red berkata jika tiada jodoh antaranya dengan Adira, dia rela hidup membujang dan tidak mahu lagi menyusahkan bekas isterinya itu yang disifatkan seorang yang sangat baik.
“Kalau tak dapat kahwin semula dengannya (Adira), saya rela terus hidup membujang. Sebabnya, saya pun bukan muda lagi. Umur dah hampir 50 tahun dan tidak sesuai untuk bercinta-cinta.
“Tapi, saya memang dah tak nak susahkan hidup Adira. Saya kasihan tengok dia kerana orangnya sangat baik. Oleh itu, bagaimana urusan jodoh kami kemudiannya, saya serahkan pada ketentuan Allah,” katanya.
Dalam pada itu, Datuk Red berkata dia berhasrat untuk bekerja secara tetap dengan gaji bulanan bagi menampung perbelanjaan kehidupan harian serta mengumpul duit membayar hutang.
“Sesiapa nak gajikan saya untuk kerja tetap dengan bayaran gaji bulanan, saya sedia untuk terima dan berkhidmat. Ini kerana, saya perlu ada ‘income’ tetap untuk bayar hutang dan menyara anak-anak,” katanya.
SUMBER: Harian Metro