Datuk Red Dikecam Cium Kepala Bekas Isteri, Adira Dalam Live

Tindakan spontan usahawan, Datuk Red atau Datuk Seri Adnan mengucup kepala bekas isteri, Adira Suhaimi ketika siaran langsung di TikTok mengundang kecaman ramai.

Memetik mStar Online, Adira berkata sedar dengan kecaman itu bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan mereka yang menonton live berkenaan boleh melihat reaksi wajahnya.

BACA: Adira Kumpul Emas Untuk Bantuan Kecemasan Waktu Susah

“Saya rasa semua orang boleh nampak reaksi saya itu tapi kalau boleh saya tak nak komen apa-apa mengenai perkara ini. Saya enggan memanaskan perkara itu kerana ia tak mendatangkan faedah pun kepada saya,” katanya.

Sementara itu, Adira berkata niatnya hanya mahu membantu bekas suaminya itu dalam perniagaan online dan enggan mengulas apabila ditanya sama ada dia menetapkan syarat kepada Datuk Red agar tidak berlaku kejadian sama.

“Itu pun saya tak nak komen sebab niat asal saya cuma nak membantu saja,” katanya.

Terdahulu, Adira dan Datuk Red sah bercerai talak satu pada 24 April lalu selepas 9 tahun mendirikan rumah tangga.

SUMBER: mStar Online

×