Nampaknya kini pengasas kosmetik yang terkenal dengan slogan Terlajak Laris iaitu Datuk Aliff Syukri bakal membintangi sebuah filem aksi komedi yang berjudul Badang Superb. Ini bukan perkara main main dan ia disahkan sendiri oleh pengarahnya, Profesor Datuk A. Razak Mohaideen.
BACA: Dato’ Aliff Syukri Tidak Mahu Terus Tampil Imej Gedik
“Memang antara sebab dia menjadi peneraju utama filem ini kerana popularitinya. Tetapi dalam masa yang sama, saya dapat lihat kesesuaian Datuk Aliff dengan watak badang ini”
“Buat masa ini kami masih dalam proses melatihnya untuk watak ini. Kalau tidak ada apa-apa, kemungkinan besar pembikinan filem ini akan berlangsung pada bulan ini juga,” katanya yang dipetik daripada Utusan Online.
Pastinya peminat Datuk Aliff tidak sabar-sabar menantikan filem yang mendapat sentuhan istimewa daripada pengarah hebat Razak Mohaideen. (rtky/s)