Hangat diperkatakan mengenai kenyataan pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam susulan dakwaan dia menumpang populariti perkahwinan abangnya dengan Bonda Rozita.

Terbaru, anak kepada bonda Rozita iaitu  Maryam Nur Imani tampil membidas kenyataan Rebecca itu serta beranggapan kenyataan pelakon itu seolah sedang bercakap kepada diri sendiri.

BACA: “Kaya Tapi Bodoh, Kau Yang Gila Glamour!” – Rebecca Nur Al-Islam Selar Shahida

Dalam hantaran itu, Imani turut memuat naik satu hantaran Rebecca meluahkan rasa geram terhadap seorang individu yang digelar makcik bodoh dipercayai ditujukan kepada isteri Datuk Seri Aliff Syukri.

“Kata seorang yang gila pengikut dan kemahsyuran. Salah orang kau nak kacau. Ckap dekat diri sendiri. Awak sangat menjijikkan,” katanya.

Menurut Imani lagi, ibunya sudah memberitahu bahawa dia tidak selesa apabila pelakon itu menyiarkan gambar dan videonya di media sosial namun mendakwa Rebecca tetap berbuat demikian.

“Tak salah nak kongsikan gambar keluarga dan memori tapi ianya salah apabila individu yang terlibat sudah beritahu bahawa dia tidak selesa apabila gambar dan video dikongsikan.

“Tap anda masih melakukannya. Saya rasa Datin tak bodoh, yang bodoh tu awak. Awak tak faham bila mak saya cakap dia tak nak sesiapa post gambar dan video tapi awak stil post juga,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×