Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik kenyataan susulan hangat diperkatakan mengenai isu keluarganya sejak beberapa hari lalu.

Menerusi hantaran berkenaan, Aliff meminta pihak wartawan untuk menghentikan perkara tular yang berlaku di media sosial serta meminta orang luar menghormati keluarga mereka.

BACA: “Saya Tak Kaya, Saya Juga Merempat, Ida Tak Pernah Nak Goda Anak Orang Kaya” – Bonda Rozita

Kata Aliff lagi, dia hanya mahu melihat ibunya iaitu Bonda Rozita gembira dan jika ada salah dan silapnya, dia memohon maaf kepada ibunya tercinta.

Tambah Aliff lagi, jika ibunya ada masalah panggillah dirinya dan isterinya, Shahida kerana mereka akan sentiasa ada untuk Bonda Rozita.

Diruangan komen, Bonda Rozita menyifatkan Aliff adalah anak kiriman Allah dari syurga. Katanya, dalam apa saja keadaannya ketika itu Aliff pasti akan ke hadapan untuk selamatkannya.

“Tak ada lelaki mak paling sayang. Kamu anak kiriman Allah dari syurga. Menerima mak dalam badai dan tenang. Dalam nikah dan cerai, kamu ke depan nak selamatkan mak.

“Mak ada cita-cita besar nak jumpa Kri, tauhid untuk ke syurga. Mak sorok kecewa, kamu terus jejaki mak,” tulisnya.

Kata Rozita lagi, menantunya Shahida antara individu yang diamanahkan untuk menyimpan rahsia serta mengatakan dia tidak mahu anak-anaknya tahu mengenai deritanya.

“Mak suruh Ida rahsiakan, kalau mak mati baru Ida bukakan. Semua rahsia mak ada pada Ida dan Fiza, mereka pegang kunci mak.

“Mak tak mahu anak-anak mak tahu deritanya jiwa dari muda sampai ke tua. Mak tak nak anak-anak tahu (itulah kesalahan saya menutupi kesedihan, berpura-pura bahagia) saya berlindung dengan kekuatan Allah. 

“Saya selalu sendiri dan Allah yang ajarkan saya banyak perkara. Jangan tambah derita untuk benda tak penting. Fokus kepada kebaikan kerana Allah suka pada kebaikan,” katanya.

×