Hari ini hangat diperkatakan oleh sebuah blog hiburan dakwaan mengenai bekas madu seorang aktres terkenal didakwa diceraikan oleh suaminya yang juga pengarah terkenal menerusi Whatsapp.

Susulan khabar angin yang bertebaran itu, ruangan komen Instagram bekas isteri kepada Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah turut dihujani pertanyaan netizen mengenai dakwaan berkenaan.

BACA: Pengarah Terkenal Didakwa Ceraikan Isteri Melalui WhatsApp, Halau Dari Rumah?

Memetik Oh Bulan, Puteri Sarah berkata dia tidak tahu mengenai dakwaan yang bertebaran itu kerana dia baru saja pulang dari Jakarta, Indonesia atas urusan kerja.

“Saya tak tahu. Baru balik dari Jakarta,” katanya.

Sebelum ini, blog itu mendakwa si isteri yang juga anak kepada pelakon veteran itu turut dihalau daripada rumah serta ada dakwaan mengatakan isteri kepada pengarah itu ada ‘penyakit berbahaya’.

Difahamkan, disebabkan sejarahnya sebagai seorang penyondol, apa saja yang dilakukan oleh isteri pengarah berkenaan pasti akan dikecam.

×