Daiyan Trisha Akui Single, Ruangan DM Terbuka Untuk Berkenalan

Usia sudah mencecah 31 tahun, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha berkata dia tidak pernah terburu-buru dalam mencari jodoh buat dirinya ketika ini.

Memetik Kosmo, Daiyan berkata dia merasakan kehidupannya kini dalam keadaan baik dan tidak terlalu memikirkan mengenai jodoh.

BACA: Dikecam Berbaju Jarang, Daiyan Trisha ‘Block’ Netizen

“Sekarang saya single! Tidak ada masalah apa pun dan ruangan DM (direct message) sentiasa terbuka! Come on boys!

“Saya okey sahaja dengan status solo. Saya juga gembira dengan kehidupan dan berada di titik terbaik dalam hidup, saya tak mencari,” katanya.

Sementara itu, Daiyan berkata dia terbuka untuk mengenali mana-mana individu namun tidak terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga.

“Kalau ada rezeki hadir (jodoh), saya okey sahaja. Tidaklah macam ‘nak kahwin nak kahwin’ dan tak rushing pun, relaks,” katanya.

SUMBER: Kosmo

×