fbpx

Dah Jadi Suami, Redza Rosli Jaga Batas Dalam Lakonan

Pelakon Redza Rosli berkata dia kini perlu lebih menjaga batas dengan pelakon wanita lain supaya tidak timbul salah faham apatah lagi dia kini sudah bergelar suami.

Memetik mStar Online, Redza berkata dia perlu mengutamakan perasaan isterinya, Bella Hanna meskipun dia memahami kerjayanya sebagai pelakon.

BACA: Hanya Bella Hanna Boleh Tawan Saya – Redza Rosli

“Bella menerima segala kekurangan dan faham kerja saya sebagai seorang pelakon. Jadi saya sendiri kena tahu batas saya dalam lakonan seperti saya buat sebelum ini.

“Jika ada babak yang tak bersesuaian boleh bincang dengan pengarah. Kalau rasa tak perlu buat saya tak buatlah,” katanya.

Dalam pada itu, Redza berkata baginya kebahagian rumah tangga tidak boleh ditunjuk secara berlebih-lebihan kerana bimbang menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.

“Saya tak pernah tunjuk kehidupan peribadi saya di media sosial. Saya hanya guna untuk promosikan drama lakonan saya. Kalau berkongsi hal rumah tangga selalu nanti ada yang meluat.

“Bagi saya kebahagiaan jangan menunjuk lebih-lebih. Setakat benda tak perlu tunjuk tak perlulah, biar simpan sendiri sebab akhirnya masalah yang dihadapi boleh orang lain yang selesaikan,” katanya.

Terdahulu, Redza sah bergelar suami kepada Bella Hanna dengan sekali lafaz di Forest Valley, Cheras pada 21 Jun lalu.

SUMBER: mStar Online