Cuti Sekolah Pergi Mana Tu? Meh Tengok List Yang Kami Bagi Ini

Yayy!!! Cuti sekolah dah mula. Jom jalan-jalan! Tentu ada yang nak pergi bercuti kan? Dah plan ke nak bawa anak pergi mana tu..Apa-apa pun jangan lupa sentiasa patuhi SOP tau. Jaga diri dan keluarga.

Bagi anda yang belum tahu lagi nak pergi mana cuti sekolah nanti, jangan risau. Anda boleh jer pergi taman tema yang kami listkan ini. Banyak aktiviti yang anda boleh lakukan nanti! Sesekali pergi tempat macam ni baru adverture gais. Boleh cipta banyak memori menarik dengan kesayangan anda tu.

Dan paling wow, tempat yang anda nak pergi nanti akan ada promosi hebat tau. Macam mana tu? Haa, anda boleh dapatkan tiket anda di Klook! Kami pasti dengan adanya promosi hebat dari Klook ini, pasti buat anda tak sabar nak pergi bawa anak-anak ke tempat yang akan kami listkan nanti.

Antaranya promosi Beli 1 Percuma 1 tiket pada 18 dan 25 Februari nanti serta diskaun RM30. Wow! Boleh tengok info lanjut DI SINI.

Untuk info anda, Klook ialah platform tempahan untuk aktiviti pelancongan dan perkhidmatan terkemuka di dunia tau. Klook akan membantu anda yang ‘kaki melancong’ ini untuk menempah dan explore moment terbaik yang anda boleh lakukan di mana-mana, pada bila-bila masa sahaja. Wah, betul awesome bila guna Klook ini.

Jom Pergi Sini!

Eh, tak nak buang masa lagi, jomlah tengok senarai taman tema yang anda boleh terjah!

Aquaria KLCC

Lawati Aquaria KLCC di Kuala Lumpur, dinobatkan sebagai salah satu daripada lima akuarium teratas di Asia Terokai sehingga 5,000 haiwan daratan dan lebih daripada 150 spesis makhluk air yang dipamerkan di akuarium tercanggih mereka dengan jalan sepanjang 90 meter di bawah air.

Zoo Negara

Kunjungi Zoo Negara Malaysia yang berkeluasan 110 ekar dan terletak hanya 5km dari bandar Kuala Lumpur. Anda boleh Lihat lebih daripada 5,137 haiwan dari 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia, dan ikan.

Sunway Lagoon

Luangkan masa anda seharian bermain air atau dengan melakukan aktiviti-aktiviti lasak di Sunway Lagoon Kuala Lumpur ini. Ada 90 permainan dan tarikan termasuk Vuvuzela yang terkenal, Monsoon 360, Jungle Fury, Pirates Revenge, dan banyak lagi!

Bukan itu jer, anda juga boleh terokai semua 6 zon bertema Nickelodeon: Amusement Park, Scream Park, Water Park, Nickelodeon Lost Lagoon, Wildlife Park, dan Extreme Park. Temui lebih dari 150 spesies haiwan dan terokai pelbagai habitatnya di Wildlife Park.

ESCAPE Theme Park

ESCAPE Theme Park memegang Rekod Dunia Guinness kerana mempunyai Tiub Gelongsor Air Terpanjang di dunia. Cubalah lebih dari 30 aktiviti mencabar seperti zip line, gelongsor air, dan banyak lagi di ESCAPE Theme Park yang terletak di seberang Taman Hutan Telok Bahang, ESCAPE berjarak hanya setengah jam perjalanan dari Georgetown Pulau Pinang ini.

Sunway Lost World of Tambun

Nikmati hari yang menyeronokkan di taman tema Sunway Lost World of Tambun yang menarik ini dengan taman air, kolam air panas, persembahan, sesi membelai haiwan, memberi makan, dan lain-lain.

Anda juga boleh pergi ke Air Panas Lost World dengan pemandangan semula jadi hutan di sekitar anda yang tersedia pada waktu siang dan malam. Ada lagi, anda juga boleh cuba permainan taman hiburan dan eko pengembaraan yang sangat menyeronokkan untuk keluarga dan juga rakan-rakan!

KidZania KL

Di KidZania KL anda boleh berikan anak-anak anda hari pembelajaran yang menyeronokkan dengan lebih 100 kerjaya menarik yang boleh mereka boleh cuba. Serius gais, menarik sangat. Boleh lah nak latih anak-anak anda untuk memberi inspirasi, keseronokan dan juga belajar benda baharu melalui interaksi yang realistik!

Legoland Johor

Nikmati hari yang best di LEGOLAND Malaysia dengan lebih 40 ride dan tarikan tersebar di 8 kawasan bertema berbeza! Wajib cuba gais.

Skytropolis Genting Highlands

Sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan, taman tema indoor Skytropolis Genting Highlands ini menawarkan pelbagai tarikan untuk anda semua. Sesuai untuk semua peringkat umur! Anda juga boleh menikmati lebih daripada 20 ride dan tarikan baharu yang menarik di dalam Skytropolis Funland.

District 21 di Putrajaya

Luangkan hari yang penuh adrenalin di District 21, dan rasai reka bentuk dunia pasca apokaliptik masa hadapan bersama rakan dan keluarga anda. Terokai semua 10 tarikan pengembaraan indoor, mendaki, gelongsor, menunggang, melompat, free falling dan terbang.

Splash Out Langkawi Water Theme Park

Pembukaan taman tema air Splash Out Langkawi Water Theme Park yang terletak di pekan Kuah ini sekaligus menambah satu tarikan yang lain untuk pengunjung dalam dan luar negara ke Pulau Langkawi.

Yang pastinya, Splash Out Langkawi ini menjanjikan keseronokkan seisi keluarga dan teman-teman, malah taman tema air ini pilihan terbaik untuk anda beriadah bersama orang tersayang.

Pelbagai Tawaran Menarik dari Klook!

Amacam gais, dah pilih ke nak pergi mana? Ada 10 tempat tarikan yang anda boleh pilih. Yang penting anda dapatkan tiket melalui Klook okay. Bila anda dapatkan tiket dari Klook, anda boleh menikmati:

1. Harga terbaik dijamin (lebih murah daripada harga di kaunter tau)
2. Dapat keistimewaan untuk langkau barisan (dah tak payah berpeluh beratur panjang)
3. Ada tawaran kombo!

Jom Grab Tawaran Flash Ini Cepat!

Okay, jom lihat pula diskaun yang bakal anda dapat jika membeli tiket dari Klook ini.

1. Diskaun RM15 untuk semua Aktiviti dengan perbelanjaan minimum RM180 menggunakan kod
2. Diskaun RM30 untuk semua Aktiviti dengan perbelanjaan minimum RM180 untuk pengguna baharu Klook menggunakan kod

Ada lagi gais, anda juga boleh menikmati diskaun 50% untuk flash deals yang akan berlaku pada 18 dan 25 Februari 2022 ini untuk tarikan dan aktiviti teratas dari Klook (senarai & jadual penuh di bawah) Save the date tau!

Tarikh pelancaran: 18 Februari 2022, Jumaat, 12pm

1. Aquaria KLCC: Beli 1 Percuma 1 tiket Dewasa sahaja
2. Kidzania KL: Beli 1 tiket Percuma 1 Kanak-kanak sahaja
3. Langkawi Skycab Cable Car: Beli 1 Percuma 1 Tiket Dewasa Pemegang Pasport Malaysia sahaja
4. LEGOLAND Malaysia: Beli 1 Percuma 1 tiket Dewasa sahaja
5. Sunway Lagoon: Beli 1 tiket Dewasa Percuma 1 Malaysia sahaja

Tarikh pelancaran: 25 Februari 2022, Jumaat, 12pm

1. Zoo Negara: Beli 1 Percuma 1 tiket Dewasa sahaja
2. ESCAPE Penang: Beli 1 Percuma 1 tiket Dewasa sahaja
3. Sunway Lost World of Tambun: Beli 1 Percuma 1 tiket Dewasa sahaja

Jangan lepaskan tawaran flash ini tau! Anda boleh klik DI SINI untuk tempahan melalui halaman kempen sempena cuti sekolah ini. Selamat bercuti gais!

×