Penyanyi Zizi Kirana yang popular dengan lagu ‘Nak Ke Tak Nak’ sememangnya sangat sinonim dengan imejnya yang agak seksi. Sering memuat naik gambar panas, akaun Intagram Zizi sering dihujani dengan komen berbaur lucah, malah ada segelintir netizen menggelar penyanyi itu ikon seks.
Semalam tular di media sosial apabila teman lelaki Nur Sajat iaitu Coach Yin dikatakan meninggalkan komen nakal di salah satu foto yang di muat naik oleh Zizi Kirana. Seperti sudah dijangka, rata-rata netizen menyindirnya dengan mengatakan akhirnya Coach Yin mengidamkan seorang wanita tulen untuk dijadikan kekasih.
BACA: Ayat Manis Kekasih Sajat, Peminat Tanya Bila Kahwin
Terkejut apabila namanya menjadi bualan ramai, Coach Yin menjelaskan dia telah difitnah dan individu yang meninggalkan komen tersebut bukanlah dirinya tetapi ada individu yang tidak bertanggungjawab mencipta akaun palsu menggunakan namanya.
Dalam pada itu, Coach Yin menegaskan dia tidak akan memaafkan individu tersebut kerana menyebarkan fitnah terhadap dirinya. Katanya lagi, dia berharap netizen tidak lagi membuat tuduhan yang tidak berasas sehingga boleh menjejaskan periuk nasinya.