Penyanyi Cliff Umar yang juga bekas juara Gegar Vaganza musim ke-7 meluahkan rasa syukur diatas kehidupannya kini yang bekerja sebagai pemandu teksi motosikal atau ‘Gojek di Indonesia’.
Menerusi perkongsian di Instagram, Cliff berkata meskipun dugaan apa yang dia lalui, dia akan sentiasa bangkit untuk lebih kuat.
BACA: Cliff Umar Mengaku Salah Miliki Heroin
“Tidak kisah apa yang berlaku dalam hidup saya, sama ada menggegar pentas persembahan atau sebagai penunggang Gojek.
“Saya berterima kasih pada Tuhan kerana memberkati dengan kehidupan yang saya jalani, ia sudah tertulis, saya kehilangan agama dan cinta hati saya, Anita, yang membuatkan jiwa saya berkecai menjadi serpihan kecil. Tak kira berapa kali jatuh, saya akan sentiasa bangkit walau diuji, jadi lebih kuat dan lebih baik,” katanya.
Terdahulu, Cliff didenda sebanyak RM5,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor atas pertuduhan memiliki dan memberi dadah kepada dirinya sendiri.
SUMBER: Majoriti