Chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan berkata dia menjaga kebajikan adik-beradik termasuk bekas isteri selepas pemergian ibu tersayang.
Menerusi satu temu bual di TikTok, Chef Wan berkata dia memberikan elaun kepada adik-beradiknya dan lebih mengutamakan kebajikan dengan harta dimilikinya.
BACA: Chef Wan Akur Bayar RM150,000 Kepada Bekas Menantu, Letih Tanggung Drama Anak-Anak
@maskulinmy Dilimpahi dengan rezeki yang mencurah-curah membuatkan Datuk Redzuawan Ismail, atau lebih mesra disapa Chef Wan untuk saling berkongsi rezeki dengan keluarga serta orang-orang yang memerlukan. chefwan maskulin majalahmaskulin
“Adik beradik pun saya bagi elaun. Seorang yang RM3,000, seorang RM2,000, macam duit pencen. Semua orang dapat. Selepas ibu saya dah meninggal, bekas isteri saya semua dapat. Adik beradik semua saya jaga.
“Pada saya, saya seorang yang seimbang. Duit adalah duit. Tadi chef saya pun cakap untuk kanser, ‘banyak Chef bagi dana tahun ini’ saya kata, ‘tak apalah, sedekah’,” katanya.
Dalam pada itu, Chef Wan berkata dia amat mementingkan berbuat kebajikan dan berkongsi rezeki dengan mereka yang lebih memerlukan.
“Biar kita mati miskin, biar kurang harta tapi kita lebihkan kebajikan. Pada akhirnya bukan tanya berapa rumah yang awak ada kan? Ada lima biji rumah, nak buat apa banyak rumah? Anak semua dah ada dah bahagian masing-masing, cukuplah.
“Tak payah beli rumah lagi dah. Duit itu lebih baik pergi travel, bagi kebajikan mana yang perlu. Kena kebajikan yang betul-betul lah. Orang-orang susah, cacat, autistik, buta, rumah tua-tua,” katanya.
SUMBER: TikTok Maskulin