Cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan berkata dia akur apabila perlu membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada bekas menantunya, Gavin Edward O’Luanaigh berhubung kenyataan fitnah di media sosial.

Menerusi perkongsian di Instagram, Chef Wan berkata dia mengakui cara dia menunjukkan kebenaran adalah salah kerana telah ‘menyerang’ bekas menantunya itu di media sosial.

BACA: Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

“Walaupun saya berusaha untuk membuktikan kebenaran tetapi peguam saya mengatakan bahawa cara saya ‘menyerangnya’ di media sosial adalah salah. Jadi, bukan lah cerita saya itu tak betul. Untuk ini, saya menerima keputusan mahkamah,” tulisnya.

Sementara itu, Chef Wan berkata adakalanya hidup ini tidak adil meskipun dia mahu menegakkan kebenaran dan percaya dengan rezeki lain daripada Allah. Malah, dia bersyukur anaknya, Serina Redzuawan kini hidup bahagia.

“Letih dah saya menanggung drama minggu anak-anak dan keluarga saya. Ia meletihkan! Kadang-kadang hidup boleh jadi sangat tidak adil kepada bapa mentua yang hanya ingin menegakkan kebenaran.

“Tak apa lah. Perkara yang baik ialah kami akhirnya berjaya menyingkirkannya dalam hidup kami dan anak perempuan saya kini mempunyai kehidupan yang lebih bahagia. Alhamdulillah.

“Duit itu pada saya seperti buih di lautan dan esok akan adanya rezeki. Kita kerja, dapat lah balik duit itu. Yang lebih penting dalam hidup kita, kita mesti mengelakkan semua drama dan orang yang tidak bertanggungjawab ini dalam hidup kita,” katanya.

Dalam pada itu, Chef Wan berharap apa yang berlaku kepadanya dapat menjadi pengajaran kepada golongan lelaki terutama sekali kepada mereka bergelar ayah dan suami

×