Che Ta Syukur Anak Berjaya Genggam ‘Double Degree’

Sebagai ibu tiada apa yang lebih bahagia apabila dapat melihat anak cemerlang dalam pelajaran dan berjaya di menara gading.

Baru-baru ini, pelakon jelita Rozita Che Wan ada memuat naik perkongsian mengenai anak keduanya, Aniq Ezra yang berjaya menamatkan pengajian di sebuah universiti swasta.

Lebih manis, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata segala pengorbanannya membayar yuran berbaloi apabila anaknya itu memperoleh Ijazah Sarjana Muda berganda (Double Degree).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

“Berbaloi mak hang berkepak caqi duit nak bayaq fees Taylor’s University. Bukan sikit-sikit duit chek oiii. Tapi syukur dengan izin Allah swt double degree dalam tangan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Che Ta berharap anaknya itu akan terus berusaha untuk menjadi insan berjaya dan kejayaan diperolehnya kini adalah hasil kerja kerasnya.

×