Pelakon jelita Rozita Che Wan berkata dia tidak pernah memeriksa telefon suaminya, Zain Saidin. Rozita berkata dia berkongsikan perkara itu selepas menerima banyak mesej daripada netizen.
Menerusi video dikongsikan di Instagram, Rozita atau mesra disapa Che Ta berkata dia dan suami saling mempercayai dan dia juga tiada masa untuk melihat telefonnya sendiri.
BACA: Che Ta Bengang Netizen Kutuk Wajah Fathia Latiff
“Ramai DM saya tanya, saya check tak telefon Zain? Saya kata tak kuasa nak check telefon dia.
“Saya punya telefon sendiri pun tiada masa nak tengok, nak balas mesej. Konsep kami berdua adalah saling mempercayai antara satu sama lain,” katanya.
Dalam pada itu, Che Ta berkata turut memberi amaran kepada suaminya jika berani melakukan hal tidak sepatutnya. Che Ta turut berseloroh dia ada masa untuk bersiap tetapi tiada masa untuk periksa telefon suami.
“Walaupun percaya, tapi kalau dia cari fasal sekali. Buat hal dekat saya, siap lah. Masa itu lah baru tahu langit tinggi ke rendah.
“Tak ada masa nak check telefon, tapi kalau bab bersiap melawa saya sentiasa ada masa. Nak make up saya ada masa, nak spot check suami saya tiada masa. Gitu,” katanya.
SUMBER: Oh Bulan